CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thursday, March 26, 2009

OBJEKTIF



  • Menambah bilangan perpustakaan di kawasan luar bandar.

  • Menyediakan koleksi buku yang sesuai dan berkualiti.

  • Melengkapkan perpustakaan dengan perabot serta kelengkapan yang perlu.

  • Menyediakan perkhidmatan perpustakaan dan aktiviti galakan membaca.

LATAR BELAKANG PROJEK PERPUSTAKAAN DESA


Semua Perpustakan Desa dilengkapi dengan kemudahan asas komunikasi dan internet melalui Program pemberian Sejagat ( Universal Service Provision-USP ).
Pada tahun 2006, Perpustakaan Negara Malaysia ( PNM ) telah dipertanggungjawabkan untuk menubuhkan perpustakaan desa di kawasan luar bandar melalui 2 kaedah pembinaan iaitu bina baru dan ubahsuai bangunan sedia ada.
Perpustakaan Desa yang dibina juga dilengkapi dengan bahan bacaan, alat kelengkapan dan perabot.
Matlamat projek ini ialah untuk menggalakkan budaya membaca serta menangani jurang ilmu di kalangan pelajar dan masyarakat luar bandar.