Semua Perpustakan Desa dilengkapi dengan kemudahan asas komunikasi dan internet melalui Program pemberian Sejagat ( Universal Service Provision-USP ).
Pada tahun 2006, Perpustakaan Negara Malaysia ( PNM ) telah dipertanggungjawabkan untuk menubuhkan perpustakaan desa di kawasan luar bandar melalui 2 kaedah pembinaan iaitu bina baru dan ubahsuai bangunan sedia ada.
Perpustakaan Desa yang dibina juga dilengkapi dengan bahan bacaan, alat kelengkapan dan perabot.
Matlamat projek ini ialah untuk menggalakkan budaya membaca serta menangani jurang ilmu di kalangan pelajar dan masyarakat luar bandar.
Matlamat projek ini ialah untuk menggalakkan budaya membaca serta menangani jurang ilmu di kalangan pelajar dan masyarakat luar bandar.

0 comments:
Post a Comment